Ketidakcukupan Serviks & Cerclage: Langkah Pencegahan untuk Kehamilan Selamat
Rawatan cerclage membantu menguatkan serviks lemah dan melindungi kandungan sehingga bersalin.
Ketidakcukupan Serviks & Cerclage: Langkah Pencegahan untuk Kehamilan Selamat
Rawatan cerclage membantu menguatkan serviks lemah dan melindungi kandungan sehingga bersalin.
Ketidakcukupan Serviks (Cervical Insufficiency) & Cerclage: Perlindungan Kehamilan Anda
Pengenalan
Kehamilan sepatutnya berlangsung selama kira-kira 40 minggu, namun bagi sesetengah wanita, rahim tidak dapat mengekalkan kandungan kerana serviks yang lemah. Keadaan ini dikenali sebagai “cervical insufficiency” atau ketidakcukupan serviks, dan ia boleh menyebabkan keguguran lewat atau kelahiran pramatang.
Berita baiknya, dengan rawatan pencegahan yang dikenali sebagai cerclage serviks, ramai wanita dapat meneruskan kehamilan dengan lebih selamat sehingga ke tarikh jangkaan bersalin.
Apa Itu Ketidakcukupan Serviks?
Ketidakcukupan serviks berlaku apabila serviks (pangkal rahim) menjadi lemah atau terbuka terlalu awal semasa kehamilan tanpa rasa sakit atau kontraksi. Ia biasanya berlaku pada trimester kedua (antara minggu ke-16 hingga ke-24) dan boleh menyebabkan:
Keguguran lewat kehamilan
Pecah air ketuban awal
Kelahiran pramatang
Tanda-Tanda Ketidakcukupan Serviks
Keadaan ini sering berlaku tanpa sebarang simptom, tetapi tanda-tanda berikut perlu diberi perhatian:
Rasa tekanan di bahagian bawah perut atau pelvis
Keluar lendir faraj yang luar biasa
Rasa seperti janin “menurun” terlalu awal
Sakit belakang ringan yang berpanjangan
Pendarahan ringan atau spotting (jarang berlaku)
Selalunya, diagnosis dibuat selepas wanita mengalami keguguran lewat atau kelahiran pramatang dalam kehamilan sebelum ini.
Siapa Berisiko?
Wanita lebih berisiko mengalami ketidakcukupan serviks jika mereka:
Pernah mengalami keguguran lewat atau kelahiran pramatang yang tidak dapat dijelaskan
Mempunyai sejarah prosedur pada serviks seperti LEEP, cone biopsy atau dilatation and curettage (D&C)
Pernah menjalani cerclage pada kehamilan sebelumnya
Mempunyai bentuk rahim atau serviks yang tidak normal secara semula jadi
Bagaimana Ia Dikesan?
Pakar akan menilai panjang dan kekuatan serviks melalui:
Ultrasound transvaginal – untuk mengukur panjang serviks
Sejarah kehamilan lepas – jika pernah alami keguguran atau kelahiran pramatang
Panjang serviks kurang daripada 25mm sebelum minggu ke-24 mungkin menandakan risiko tinggi dan memerlukan intervensi.
Apa Itu Cerclage Serviks?
Cerclage serviks ialah prosedur perubatan di mana serviks dijahit dengan benang khas untuk menguatkan dan menutup pangkal rahim, supaya ia tidak terbuka terlalu awal. Tujuan cerclage adalah untuk memanjangkan tempoh kehamilan dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
Jenis-Jenis Cerclage
Cerclage profilaksis / pencegahan (prophylactic)
Dilakukan antara minggu ke-12 hingga ke-14, sebelum serviks mula terbuka
Biasanya untuk wanita dengan sejarah kehamilan berisiko tinggi
Cerclage terapeutik / intervensi (therapeutic)
Dilakukan jika ultrasound menunjukkan serviks mula memendek semasa kehamilan
Penurunan berat badan
Penurunan 5–10% berat badan boleh memperbaiki ovulasi, mengurangkan jerawat, dan memperbaiki kitaran haid.
Cerclage kecemasan (emergency)
Dilakukan jika serviks telah terbuka dan kantung ketuban mula menonjol
Risiko tinggi tetapi kadang-kala boleh menyelamatkan kehamilan
Pemulihan Selepas Cerclage
Prosedur dilakukan secara bius setempat atau penuh
Anda mungkin perlu berehat di hospital selama 1–2 hari
Rehat di rumah dan hadkan aktiviti berat selama beberapa minggu
Elakkan hubungan seksual sehingga dibenarkan oleh doktor
Cerclage biasanya dibuka sekitar minggu ke-36–37 atau lebih awal jika kontraksi atau pecah ketuban berlaku
Nota Menarik: Apakah Kejayaan Rawatan Cerclage?
Cerclage berkesan untuk majoriti wanita dengan ketidakcukupan serviks, terutamanya jika dilakukan awal dan dalam situasi yang sesuai. Ia boleh:
•
Meningkatkan Peluang Kehamilan Penuh
Meningkatkan peluang membawa kandungan hingga ke minggu ke-37 ke atas
•
Mengurangkan Risiko
Mengurangkan risiko keguguran lewat
•
Membantu Bayi Lahir Lebih Matang & Sihat
Memberi peluang kepada bayi untuk lahir lebih matang dan sihat
Jika anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau keguguran lewat, berjumpalah dengan pakar sakit puan seawal kehamilan
Dapatkan pemantauan ultrasound serviks secara berkala
Rehat secukupnya dan amalkan gaya hidup sihat sepanjang kehamilan
Dengar nasihat pakar mengenai keperluan cerclage
Kesimpulan
Ketidakcukupan serviks bukanlah penghujung harapan untuk kehamilan yang sihat. Dengan pemantauan rapi dan rawatan seperti cerclage, ramai wanita berjaya melahirkan bayi yang sihat dan cukup bulan.
Jangan abaikan sejarah kehamilan anda. Dapatkan nasihat awal daripada pakar untuk merancang kehamilan yang lebih selamat dan terjamin.
Tags:
Ketidakcukupan ServiksCervical InsufficiencyCerclageKesihatan Wanita