Dr. Sarah Taylor (Neurosurgeon)

Doctor

Contact info

  • Call: +60 19 456 5039
  • dr.m.asyraf@gmail.com
  • 24-25, Aras 1, Klinik Pakar Hospital Pakar KPJ Kajang, 43000 Kajang

Working hours

  • Monday 9:00 AM - 5:00 PM
  • Tuesday 9:00 AM - 5:00 PM
  • Wednesday 9:00 AM - 5:00 PM
  • Thursday 9:00 AM - 5:00 PM
  • Friday 9:00 AM - 5:00 PM
  • Saturday 9:00 AM - 1:00 PM

Dr. Muhammad Asyraf Azizan (Doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan (O&G))

Master Obstetrics & Gynaecology (Universiti Malaya) | GESEA Level 2 | Subkepakaran: Advance Gynae Surgery & Laparoskopi

Biografi

Dr. Muhammad Asyraf Azizan ialah seorang Doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan (O&G) dengan subkepakaran dalam Advance Gynae Surgery dan Laparoskopi, serta pemegang GESEA Level 2. Beliau komited dalam memberikan rawatan moden, selamat dan berasaskan bukti kepada setiap pesakit, dengan penekanan terhadap teknik perubatan dan pembedahan yang minimal invasif.

Sejak peringkat awal persekolahan, Dr. Asyraf menunjukkan kecemerlangan akademik dengan memperoleh UPSR 5A, PMR 8A dan SPM 9A di MRSM Bitara Langkawi. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian kedoktoran di Setchenov Moscow Medical Academy, Rusia, sebelum meneruskan latihan kepakaran Master Obstetrics & Gynaecology di Universiti Malaya. Keghairahan beliau dalam bidang pembedahan lanjut membawa kepada latihan subkepakaran Minimally Invasive Surgery / Laparoscopy (GESEA, Eropah).

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai perubatan siswazah di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar (2010–2015). Latihan kepakarannya diteruskan di Hospital Kuala Lumpur (2015–2017) dan Universiti Malaya (2017–2019). Setelah bergelar pakar, beliau berkhidmat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah, sebelum menyambung latihan subkepakaran dalam Gynae-Oncology di beberapa pusat tersohor: Hospital Serdang (2022–2023), Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (2023–2024) dan UMMC (2024–2025). Beliau turut menabur bakti di Hospital Tanjong Karang dari April hingga Ogos 2025.

Dalam kerjaya dan perkhidmatannya, Dr. Asyraf berpegang kepada misi untuk mengaplikasi teknik perubatan terkini serta mempromosikan kaedah kelahiran yang selamat dan patuh syarak. Beliau berwawasan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang perubatan dan pembedahan demi manfaat masyarakat sejagat, sambil mengekalkan nilai peribadi seperti rendah diri, saling menghormati serta proaktif dalam memajukan bidang O&G.

Pendidikan

  • UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A - MRSM Bitara Langkawi
  • Ijazah Kedoktoran - Setchenov Moscow Medical Academy, Rusia
  • Master Obstetrics & Gynaecology - Universiti Malaya (2017-2019)
  • Subkepakaran Minimally Invasive Surgery / Laparoscopy (GESEA Level 2, Eropah)
  • Latihan Subkepakaran Gynae-Oncology:
    • Hospital Serdang (2022–2023)
    • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (2023–2024)
    • UMMC (2024–2025)

Pembentangan & Penyelidikan Antarabangsa

Beliau telah diberi peluang mewakili institusi dalam beberapa kongres perubatan utama di Malaysia, Asia dan antarabangsa:

  • 2019 – Perak (PSM Congress)
    POWER Study – kajian klinikal yang mengkaji pencegahan diabetes gestasi melalui senaman berjalan berasaskan pedometer.
  • 2019 – Korea Selatan (ASGO)
    Pembentangan mengenai keganasan ovari yang tidak dijangka selepas laparoskopi, berdasarkan pengalaman di Universiti Malaya.
  • 2022 – OGSM International Congress
    Kehamilan ovari — laporan kes unik yang jarang berlaku.
  • 2024 – OGSM International Congress
    Kes tumor Ancient Vaginal Schwannoma, antara kes yang sangat jarang direkodkan.

Penerbitan Akademik

Beliau turut menghasilkan beberapa penerbitan dalam jurnal perubatan tempatan dan antarabangsa:

  • POWER Study – proses penerbitan
  • Ovarian Malignancy Following Laparoscopy – proses penerbitan
  • Primary Unruptured Ovarian Pregnancy – diterbitkan dalam Annals Case Report & Medical Journal of Malaysia
  • Ancient Vaginal Schwannoma – proses penerbitan

Anugerah & Pengiktirafan

Beliau menerima beberapa pengiktirafan atas usaha dalam bidang perubatan wanita:

  • Best Oral Obstetrics Presentation Award (2019)
  • Finalist ASGO 2019 – Korea
  • Finalist Poster Presentation OGSM 2022
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 (APC)
  • Finalist Poster Presentation OGSM 2024

Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen beliau dalam menyediakan rawatan berkualiti tinggi yang berasaskan bukti (evidence-based).

Kemahiran & Pengalaman Pembedahan

Dengan pengalaman mengendalikan ratusan pembedahan kompleks, beliau berpengalaman luas dalam:

Pembedahan Invasif (6 bulan terkini)

  • Total abdominal hysterectomy + BSO: 20–30 kes
  • Laparoscopic hysterectomy + BSO: 20–30 kes
  • Pelvic lymph node dissection: 10–20 kes
  • Omentectomy: 10–20 kes
  • Adhesiolysis: 20–30 kes
  • Pelvic exenteration: 3 kes
  • Radical hysterectomy: 20–30 kes
  • Lain-lain pembedahan lanjutan laparoskopi & onkologi wanita

Prosedur Ginekologi Tidak Invasif

  • LLETZ & cone biopsy
  • Colposcopy
  • Hysteroscopy
  • D&C diagnostik
  • Forceps & vacuum-assisted delivery

Misi

Untuk memastikan setiap wanita mendapat pilihan rawatan yang:

  • Lebih selamat
  • Kurang sakit
  • Risiko lebih rendah
  • Pulih lebih cepat

Dengan teknik pembedahan moden seperti laparoskopi & VNOTES, beliau percaya setiap pesakit berhak mendapat rawatan terbaik yang minimally invasive, high precision dan berpusatkan pesakit.

Book your appointment


Tempah temujanji anda dengan Klinik Dr. Asyraf hari ini. Kami menyediakan perkhidmatan ginekologi dan obstetrik yang komprehensif untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

Klik butang di bawah untuk membuat temujanji. Kami akan mengesahkan temujanji anda dalam masa 2 jam semasa waktu pejabat.

Doctor

Emergency Call

+03 8769 9520

Appointment